Kritikan Basel II

Terdapat banyak kritikan ditujukan kepada Basel II. Ini termasuk bahawa ukuran risiko yang lebih rumit merupakan kelebihan tidak adil kepada bank besar yang mampu melaksanakannya dan, dari perspektif yang sama, negara membangun umumnya turut tidak memiliki bank sedemikian dan Basel II akan melemahkan negara yang ekonominya sekadar mencukupi marginal (economically marginalized) dengan menghad capaian mereka kepada kredit atau menjadikannya lebih mahal.

Kritikan yang pertama merupakan satu bantahan yang sah, tetapi ia sukar untuk melihat bagaimana ia mampu diselesaikan. Ukuran risiko lebih sensitif diperlukan bagi bank yang lebih besar dan sofsikated dan, sementara ukuran yang kurang sofsikated adalah lebih mudah dikira, disebabkan kesensitif yang lebih rendah, ia perlu lebih konservetif.

Kritikan yang kedua turut mempunyai kebenarannya; risiko kredit lebih baik merupakan kelebihan ketika bank bergerak kearah nilai sebenar bagi menetapkan harga. Pengalaman dengan sistem sebegini di Amerika Syarikat dan United Kingdom, bagaimanapun, dengan sistem risiko kredit yang lebih baik bererti bank lebih cenderung untuk memberi pinjaman kepada peminjam yang berrisiko lebih tinggi, cuma dengan harga lebih tinggi. Peminjam yang dahulunya 'diketepikan' dari sistem perrbankan kini mempunyai peluang bagi memulakan sejarah kredit yang baik.

Kritikan yang lebih serious merupakan bahawa operasi Basel II akan mendorong kepada kitaran perdagangan yang lebih menonjol (pronounced). Kritikan ini timbul kerana model kredit yang digunakan bagi mematuhi Tunggak I biasanya menggunakan satu tahun tempoh kaki langit (time horizon). Ini bererti bahawa, semasa kitaran perniagaan menurun, bank perlu mengurangkan pinjaman mereka kerana jangkaan model menunjukkan kerugian meningkat, meningkatkankan lagi kesan kemelesetan.

Pada asasnya ini sekali lagi menimbulkan persoalan samaada Kemungkinan Ingkar (Probability of Default "PD") dan Loss Given Default ("LGD") (yang pertama merupakan petunjuk kepada kemungkinan berlaku kerugian, yang kedua merupakan petunjuk bagi berapa teruk kerugian) merupakan pasangan bebas bijak untuk digunakan sebagai model risiko kredit, yang mana merupakan asas Basel II. Adakah jangkaan menggunakan keduanya menunjukkan kesan saling berkait (correlation ) yang jelas, sebagaimana data penyelidikan berkenaan hutang US yang lama berlangsung tunjukkan. Menyelesaikan perkara ini akan menjadi agenda penyelidik dalam bidang ini selama beberapa tahun akan datang.

Pengurus perbankan perlu menyedari risiko ini dan dijangka akan memasukkan hal ini dalam penilaian mereka tentang model yang digunakan oleh pihak bank.

Perlaksanaan dan kemajuan

Pengurusan perbankan dalam kebanyakan bidang kuasa seluruh dunia bercadang untuk melaksanakan Persefahaman baru, tetapi dengan perbezaan garis masa dan menggunakan pelbagai kekangan methodologi. Pelbagai pengurusan di Amerika Syarikat telah bersetuju dengan pendekatan akhir - lihat bagi Notis Cadangan Penghasilan Peraturan (Proposed Rulemaking). Mereka mewajibkan pendekatan Internal Ratings-Based bagi bank terbesar, dan pendekatan piwaian tidak digunakan bagi semua orang. Di In India, Bank Simpanan India (Reserve Bank of India - RBI) telah melaksanakan Basel II biasa.

Sebagai balasan kepada soaljawab yang dikeluarkan oleh (Financial Stability Institute) (FSI), 95 pengurus kebangsaan menunjukkan bahawa mereka akan melaksanakan Basel II, dalam satu bentuk atau lainnya, menjelang 2015.

Persatuan Eropah (European Union) telahpun melaksanakan Persefahaman melalui (EU Capital Requirements Directives) dan banyak bank Eropah telahpun melaporkan ratio modal mencukupi menurut sistem baru. Semua institutisi kredit akan menggunakannya menjelang 2008.